Posted on

Coway Malaysia beri sumbangan 100,000 topeng muka & hidung kepada PDRM

Coway Malaysia telah menyumbang sebanyak 100,000 topeng mulut & hidung kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Sebagai sebuah syarikat korporat di Malaysia, kami terpanggil untuk membantu menyediakan topeng mulut dan hidung kepada PDRM sebagai penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus memastikan keselamatan rakyat negara ini.

“Ketika saintis masih berusaha mencari vaksin untuk menangani pandemik ini, jumlah topeng mulut dan hidung semakin berkurangan. Oleh itu, kami tampil memberi sokongan sewajarnya untuk melindungi mereka yang berada barisan hadapan.

“Coway Malaysia akan terus memberi sokongan terhadap setiap langkah yang diambil kerajaan, penjawat awam dan syarikat korporat Malaysia dalam menangani penularan wabak Covid-19,” katanya.